TERMA DAN SYARAT AGENT

House of Paradise

JM 0551592 - D

Kami adalah syarikat online yang berpusat di Pasir Gudang, Johor.
dan PENGELUAR bagi pati haruman terbaik BIDADARI FRAGRANCE.

Bidadari Fragrance merupakan pati haruman bercirikan INTERNATIONAL DESIGN.
Bermaksud, haruman yang kami pasarkan ini, baunya SAMA dengan perfume berjenama yang dijual di kaunter-kaunter perfume.
Bezanya, Bidadari Fragrance ini diadun TANPA ALKOHOL.

Pati haruman tanpa alkohol ini kami import khas dari
France, Dubai dan USA

CARA PASARAN :
Kami memasarkan pati BIDADARI FRAGRANCE ini melalui agent-agent aktif di seluruh negara termasuk di Singapore.
(lebih 50 jenis haruman kesemuanya)


CARA BERGELAR AGENT

MODAL PERMULAAN
Modal permulaan adalah RM300 sahaja. Anda akan diberi : 
👉20 botol perfume bersaiz 10ml.Anda boleh pilih haruman atau kami pilihkan yang paling popular.
👉10 botol tester berisian 1ml.


PERFUME BESERTA TESTER

SYARAT KEKAL STATUS AGENT
Anda mesti membuat belian perfume sekurang-kurangnya 10 botol @ 3 bulan sekali dari tarikh belian sebelumnya untuk bergelar agent aktif.

KEISTIMEWAAN AGENT AKTIF
Anda layak mendapat beberapa free gift menarik jika mencapai belian tertentu.

TARAF AGENT BIASA
Sekiranya tiada belian perfume dibuat dalam masa 3 bulan berturut-turut, anda masih dikira sebagai agent. Cuma anda tidak layak mendapat keistimewaan seperti agent aktif. Syarat untuk mendapat harga agent adalah dengan belian 15botol per order.

HARGA PASARAN
Setiap agent WAJIB memasarkan setiap produk berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Agent tidak dibenarkan menjual dengan harga yang lebih rendah daripada harga tersebut. Agent hanya dibenarkan untuk memberikan ‘FREE GIFT sekiranya pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak.

Jelasnya, demi kepentingan agent-agent lain, anda tidak dibenarkan membuat promosi tertentu yang melibatkan diskaun harga. Sekiranya terdapat aduan dan bukti yang sahih bahawa anda melanggar peraturan harga pasaran, pihak kami mempunyai hak untuk membatalkan status agen anda dengan serta merta.

PEMBAYARAN
Pembayaran menggunakan akaun MAYBANK  sahaja
Penghantaran akan dibuat setelah pembayaran diterima sahaja

PENGHANTARAN
Penghantaran Cash On Delivery (sekitar Pasir Gudang sahaja) dan bagi Agent di Singapura adalah untuk belian minimum RM500 ke atas sahaja.

Penghantaran di seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan :
1. Nationwide
2. Poslaju (bagi barang yang berat tidak melebihi 1kg dan di Sabah/Sarawak sahaja)
* Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh agent kecuali ketika promosi free postage / mencapai had belian tertentu.

Kos pos Nationwide adalah RM10 bagi 3kg pertama (semenanjung). 
Kos poslaju berdasarkan berat barang.

Penghantaran akan dilaksanakan dalam masa 2 hari setelah bayaran pembelian dibuat oleh agen. Tidak termasuk hari cuti hujung minggu (sabtu dan ahad) dan hari cuti umum.


KEHILANGAN / KEROSAKAN / KELEWATAN
Pihak kami akan mempastikan setiap barang dibungkus dengan teliti untuk mempastikan barang dihantar dengan sempurna. Sekiranya berlaku kehilangan/kerosakan semasa penghantaran pihak kami tidak bertanggungjawab dalam mengganti/menukar barang tersebut.

Nombor Tracking akan diberikan setelah barang dipos supaya agen dapat mengesan barang masing-masing sekiranya barang tersebut terlewat sampai daripada tarikh yang dijadualkan. Menghubungi pihak pos untuk mengesan barang yang terlewat tiba bukan tanggungjawab pihak syarikat.

PEMBATALAN/PEMULANGAN
Pihak agent tidak dibenarkan membuat sebarang pembatalan pesanan selepas pembayaran dibuat.

Sebarang produk yang telah dipos/hantar, tidak boleh dipulangkan semula melainkan atas alasan kerosakan pengilangan. Kerosakan mestilah dimaklumkan dalam masa 3hari setelah barang diterima dan dipos semula/dikembalikan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan.


PENTING
House of Paradise berhak untuk menukar dan menambah syarat-syarat di dalam perjanjian ini dari masa ke semasa. Sila berhubung dengan kami sebelum sebarang pembayaran dibuat. Perjanjian ini dibuat dengan niat yg baik untuk  kepentingan semua pihak. 

Harap maklum.